Tuesday, April 3, 2012
setelah sekian lama
berkurun lama aku tak update tiba-tiba aku rasa nak update..haaaa, beberapa hari lepas aku telah menamatkan diploma..cewahh. diploma je pon...zzzzzz haritu adalah hari yang paaaaaaaling sedih yang pernah aku rasa bila nak tinggal kawan-kawan, 3 tahun belajar susah senang seronok sama-sama. aku rasa berat gilaa nak balik (biasa balik tiap minggu he he he) walaupun aku takdelah hu haa sangat. tapi kenangan tu banyak sangat. pergi kelaas, tumpang kereta, pergi makan sama2, pergi cameron tiba-tiba, pergi mcd mengejut pukul 2 pagii..barbecue, karaoke sampai kedai tutup..macam2 lagilahh. sedihla sebab aku balik bukan ada kawan pun, langsung takda. simba dengan smokey ada lah. masa hari nak balik tu dalam kereta tiba-tiba menangis tiba2 lajuuu je..lepastu dan dan nak teringat semuaa. tapi takpe harap2 aku dapat jumpa lagi dekat puncak alam pulak. harap2 takde yang menyimpang. oghait :)
| Reactions: |
Saturday, November 12, 2011
Petr Cech the Batman.
Petr Cech, keeper yang teramat handal bagi aku. dia keeper 1st team untuk Chelsea juga untuk negara dia, czech republic. dia antara keeper yang terhebat dekat dunia. macam semua orang tau dan kenal, tiap kali match dia akan pakai sarung kepala apebenda entah aku pun taktau nama benda alah tu. diam ah. takpelah senang cerita..haa! benda ni. benda ni pun dia start pakai masa tahun 2005 kalau tak salah aku la, dia injured pasal gigih nak selamatkan bola la sampai la sekarang.
masa 5 november haritu match Chelsea vs Blackburn. tiba2 dia mengalami accident yang dasyat gila, langgar dengan player Blackburn. time tu dia bleeding tak berhenti dari hidung dia. kalau tak Villas Boas nak tukar keeper lain sebab dia dah teruk, tapi disebabkan dia concern and loyal gila dengan Chelsea dia teruskan jugak.
masa 5 november haritu match Chelsea vs Blackburn. tiba2 dia mengalami accident yang dasyat gila, langgar dengan player Blackburn. time tu dia bleeding tak berhenti dari hidung dia. kalau tak Villas Boas nak tukar keeper lain sebab dia dah teruk, tapi disebabkan dia concern and loyal gila dengan Chelsea dia teruskan jugak.
lepas game tu hidung dia didapati patah. tapi dia kata tak kisah..Chelsea punya pasai habaq hang. hahha. from now on dia kena pakai mask pulak tiap kali dia match. hahha agak2 serupa apa?jeng3! batman!! cooool!! first match dia start pakai 11/11/11 lepas masa czech republich vs montenegro.
dan inilah muka comel dan handsome dia tanpa sebarang topeng atau serkup kepala. tadaa =)
| Reactions: |
Tuesday, October 4, 2011
camp milo play more learn more.
2 Oktober yg lalu, iaitu pada hari ahad,KRT Kg Tersusun Klebang Selatan iaitu kampung teman telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Camp Milo Play More Learn More dari seluruh negeri Perak. Sukan tersebut adalah bagi yang berumur 14 tahun dan kebawah dan antara sukan yang tersenarai adalah bola sepak, bola keranjang dan basketball. Terdapat lebih 350 kanak-kanak yang menyertai aktiviti tersebut. aiceh formal gila aku. hahaha. ni sikit gambar masa haritu. best gila, walau aku tak main. Sukan ini dirasmikan oleh Datuk Nadzri dan pada tengaharinya telah didatangi oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Husni Hanadzlah. Skuad Era.fm deejay, photographer dan videographer juga telah turun dari pagi sampai petang, tidak lupa juga yang dari NST. cuci mata, sangat cuci mata..
| Reactions: |
Sunday, October 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



























